Tuesday, February 9, 2010

Situasi aku.

Setiap kali bangun pagi, aku tak pernah tenang.
Bila aku akan jadi normal dan sihat macam orang lain?

Namun setiap kali itu juga, aku kuatkan diri dan tanamkan azam dalam diri aku.

Kerana aku percaya Allah tak akan uji hambanya lebih dari apa yang hambanya mampu.

Ada mereka selalu bertanya pada aku, "Sebenarnya apa yang kau fikirkan?"
 Dan aku akan jawab, kau tak akan pernah pahami situasi aku.

Persoalan lain pula timbul. Situasi apa?
Dan aku jawab, situasi yang sangat memalukan aku.

Lagi persoalan timbul. Malu tentang apa?
Dan aku jawab, tak apalah biar aku hadapi seorang.

Kalaupun aku cerita berjela-jela.
Kau semua pun tak akan pernah faham.

Kami orang sakit.
Jiwa lagi sakit.
Semua sakit.

Titik noktah.
Aku mengalami kemurungan.